Friday 18 October 2013

Resipi Tomyam Simple (Tanpa Perencah)

ASSALAMUALAIKUM...

hi..hi..hi...kali ni zaza nak kongsi resipi tomyam la pulak..boleh tak?hah..ape?tak boleh? tak kira nak kongsi juga..hehehe.jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat ye...jum....

BAHAN-BAHAN

  1. 2 ketul ayam (tak kisah bahagian ape pon)
  2. 2 sudu cili boh
  3. 1 labu bawang besar-dihiris sedan
  4. 2 ulas bawang putih - ketuk atau potong kecik
  5. 1 keping asam keping
  6. 1 batang serai - dititik
  7. 1 @ 2 helai daun limau purut
  8. sayur - tomato, kobis cina, putik jagung (bergantung pada uolss la nak letak ape pon)
  9. beberapa tangkai cili padi-nak pedas taruk la banyak.hehe
  10. garam secukup rasa
  11. sedikit minyak
  12. air secukupnya


CARA-CARA

  1. panaskan minyak
  2. masukkan bawang putih dan cili boh
  3. biarkan sedikit garing
  4. masukkan serai
  5. masukkan air
  6. bila dah gelegak air nye tu, bolehla masukkan ayam (kalo uolss nak masukkan sotong, udang @ ape ape seafood pon blh.mesti lagi sedap)
  7. masukkan daun limau purut, asam keping.kalau tak ada asam keping blh masukkan perahan air alimau nipis atau limau kasturi.
  8. bila dah masak ayam tu, boleh la masukkan bawang besar dan juga sayur mayur. tak perlu masak lame-lame sayur mayur tu nanti overcook takde khasiat pulak.makan pon tak sedap nanti
  9. masukkan cili padi. boleh potong kecik-kecik, @ketuk je
  10. dah boleh dihidang. kalau nak tabur daun ketumbar @ daun sup pon boleh.

Ni la hasil daripada tomyam yang zaza buat. tapi yang ni zaza jadikan bihun tomyam, celur bihun sampai lembut, kemudian masukkan dalam tomyam.tadaaaa....





mmmm....dah boleh makan...jemput tengok..hehe..daaa...

Sunday 6 October 2013

Kad Hari Jadi~Handmade

ASSALAMUALAIKUM...
Post kali ini, Zaza Nak share macam mana nak buat kad hari jadi disamping menjimatkan wang..maklum la..student, duit kurang jadi kita kena la berjimat cermat ye kawan-kawan.

Zaza buat kad ni spesial untuk incik buah hati zaza. korang rasa kad yang kita buat sendiri atau yang kite beli (readymade) lebih bermakna untuk orang yang kita kasi nanti? zaza rasa kan, kad yang kita buat sendiri lagi bagus, ikhlas, cun dan sewaktu dengannya..hehehe..(gelak bangga) So, macam mana nak buat ye..jom kita skodeng

BAHAN-BAHAN

  1. kertas warna (hitam, biru, pink, merah, ungu)-depends kat korang nk pilih kaler ape pun ya
  2. gam
  3. gunting
  4. pen warna (colourful pen)-depends kat korang la..
  5. pensel
  6. pembaris
  7. marker
  8. highlight

CARA-CARA

  1. jadikan paper yang kaler hitam sebagai main.
  2. lipat ikut suka hati korang. macam zaza lipat 3 (boleh refer gambar)
  3. bahagian depan, tulis HAPPY BIRTHDAY. ikut kreativiti korang nak guna marker @ colurful pen @ highlight.
  4. then, gunting kemudian tampal pada paper hitam tadi.
  5. bahagian dalam boleh potong paper yang lain tu dengan bentuk kegemaran anda. macam zaza bentukkan dalam bentuk hati (LOVE).
  6. kat atas paper ynag bentuk hati tadi, boleh la nak tulis kata-kata ucapan
  7. kalau rasa nak letak gambar korang pon x jadi masalah howkay.
Tadaaaa...ni la kad yang zaza buat...mesti korang kutuk kan sebab tak cantik...hahaha

Nak buat kad ni bergantung pada diri sendiri (kreativiti). macam zaza ni tak berapa nak kreatif so, tu je la yang mampu zaza buat.

Dari pandangan depan

Dari pandangan luar

My ucuk..hikhikhik

Dari pandangan dalam
Ok lah..zaza share sikit ayat-ayat romantica de amour untuk korang ya..heee

v  You are my soul
 v  8 letters,3 words, 1 meaning, I LOVE YOU 
 v  You are my sunshine
 v  I wish you enjoy with our birthday
 v  Today, tomorrow, forever I LOVE YOU

ok la..itu je dari zaza untuk post kali ni..jumpa next post ya..

Thursday 3 October 2013

Resipi Mee Goreng Basah

ASSALAMUALAIKUM

Untuk ost kali ni, zaza nak share 1 resipi ni iaitu mee goreng basah. dah lame zaza x masak mee goreng kat rumah. mentang-mentang nak diet la konon nye kan...hah...diet la sangat.

Lastly, dah 2 malam berturut-turut makan mee goreng.amekaw...diet lagi..diet lagi...dah tak boleh nak tahan dah..haha. Jom usha resipi simple ni ye uolls...

BAHAN-BAHAN

  1. mee kuning (pandai-pandai bajet la ye)
  2. bawang merah - diblender@ cincang
  3. bawang putih - ketuk @blender
  4. ayam  hiris kecik-kecik
  5. cili boh- 2 sudu
  6. gula melaka - sikit je tau.
  7. cili api-dipotong
  8. sawi+kobis cina+tomato (pandai-pandai bajet ye)
  9. minyak-2 sudu besar
  10. air - 1cawan
  11. garam

CARA-CARA
  1. panaskan minyak
  2. masukkan bawang merah + bawang putih
  3. bila bawang dah kekuningan, masukkan cili boh
  4. agak-agak dah pecah minyak, masukkan ayam
  5. gaulkan sekejap ayam dengan bahan-bahan tadi, kemudian masukkan air.
  6. masukkan gula melaka dan garam. tapi jangan masukkan garam banyak sangat sebab mee kuning memang dah ada rasa masin ye.
  7. bila dah menggelegak, masukkan mee dan sayur.
  8. masukkan cili api yang dah potong.
  9. tutup api
  10. boleh hidang
Tadaaaa....dah siap..jemput tengok..

p/s: nak lebih sedap, boleh buat telur mata kerbau dan taburkan ikan bilis goreng..mmm...yummy yummm

Saturday 28 September 2013

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

ASSALAMUALAIKUM..

Baru baru ni zaza duk fenin memikirkan masalah negara...hah..mslh negara?mcm gempaq je kan.padahal duk fenin pikirkan hadiah ape nak bagi kat buah ati..aduiii...pikir punye pikir punye pikir..akhirnya zaza dpt jgk idea nk bg ape.fuhh.sentel 1 mslh.

Tp post kali ni, zaza bkn nk mengomel psl adiah untuk buah ati pengarang jntung zaza tau tapiiiii adiah ape yg sesuai untuk kite ni sebagai kaum wanita nk bg untuk psgn kite...

sebenarnya nk bg adiah kat dorg ni bkn hanya semata2 benda yg boleh dipegang, dirasa n dilihat tp mgkin jgk sesuatu perkara yg blh jd kenangan pada dorg..jom kte skodeng list kat bwh ni:

1. Wallet

Uols boleh bg wallet kat incik kekasih uolss.skang ni kan trend lelaki bawak wallet yg besar gedabak mcm gmbr kat atas tu kan..tu wallet incik buah ati pengarang jntung iolss ya...pakai wallet cm tu baru maskulin..katenye la...segala perkakas berhampiran yg dlm gmbr tu sila abaikan ya..kalo uols bagi wallet, nnt bila dorang gune wallet tu, dorang akan ingt kat uols..ni jgk slaah satu cara nk suh dorg berjimat cermat..bkn perli na....hehe.

2. Minyak Wangi

Sebelum korang nk adiahkan perfume, buat2 la tny dorang ni pakai perfume ke x, tp make sure jgn by nmpk sgt cm korang ni nak adiahkan perfume..tp kalo setiap kali kuar dating tu incik buah hati korang memang senantiasa memakai perfume sampai lubang hidung korang pon kembang kempis duk menghidunya, itu memang pasti sepastinya mereka pakai perfume.x payah duk sibuk bizi body lg nak tny.kang ade makan penampar.haha..kalo korang bagi perfume jenama BOSS macam dalam gambar tu, mesti incik buah ati korang 'like a boss'.

3. Tali Pinggang

 Agak-agak kalo korang rase nak adiahkn belt pon x jadi masalah..sesuai sgt tau...harga belt pon zaza rasa takde la mahal sangat.tapi kalo korang kuarkan duit lebih sikit untuk incik buah hati, zazarasa tak jadi masalah punya.

4. Gadget

Kalo dah rase diri korang tu kaya maya tahap anak datuk boleh la adiahkan gajet kan. macam smartphone, android, laptop.mesti dorang suke kan.bertambah-tambah la kasih sayang mayang dorang kat korang.caya la.aiyakk..kopak den.

5. Kasut

Kalo incik buah hati korang suka berfesyen mesyen, boleh la adiahkn sepasang kasut. tak kisahla kan kasut sukan ke, kasut kulit ke, kasut..???hah..watever kasut la..suwettt giteww.

6. Jam Tangan

Masa itu duit...cewahh..so, nak adiahkan jam tangan pon ok what...even incik buah ati dah ada jam tangan kesayangan, tak salah korang adiahkan satu lagi kan...tapi kalo rasa nak adiahkan jam dinding, jam loceng, jam meja pon boleyyyy..hahaha

7. Buku

Buku??sesuai ke nak adiahkan buku?helloOoOo...ilmu beb....ape masalahnya..korang boleh je nak adiahkan apa apa buku pun, buku agama ke, buku ilmiah ke, novel ke (kalo si buah ati suka bace novel la kan)...

8. Cenderahati Kenangan

Untuk yang ni, terpulang lah kat korang ye, korang boleh bagi mug yang ada ukiran or gambar, potret si buah ati, frame yang ada gambar suweett muweettt korang, ceramic tile yang ade gambar n ukiran tertentu macam dalam gambar kat atas. Itu idea kreatif zaza punya pengarang jantung yang adiahkan tau..hehe.. Zaza rasa yang ni mcm different sikit dari adiah-adiah yang lain kan..

9. Baju



Nak bagi T-shirt or kemeja kat incik buah ati ok jugak,pilih la warna kegemaran dorang dan yang saiz nya sesuai dengan dorang. mesti dorang suke.kan..kan..kan..

10. Parti Hari Jadi

Korang boleh buat suprise party untuk birthday incik buah ati.jemput la kawan kawan rapat atau family. sure incik buah ati terharu dan tak kan lupakan momen indah tu...

11. Candle Light Dinner

Agak agak tak nak buat birthday party sebab korang nak privacy kan, korang boleh la ajak incik buah ati untuk candle light dinner.cuba la create kan momen momen indah waktu bersama...cewahh....

Itu je yang Zaza boleh share dengan korang. kalo korang rasa idea ni macam dah lapuk atau tak sesuai untuk korang, korang kena la pikir sendiri adiah apa yang sesuai untuk korang bagi kat incik buah ati.

Semoga Berjaya!!!

Thursday 26 September 2013

Klinik Gigi Nur Nilai Negeri Sembilan

ASSALAMUALAIKUM uols..sihat semua??ok.arini zaza nk share pasal 1 klinik gigi ni tau...actually klinik ni adalah klinik mak cik zaza..klinik terletak di NO. 66, JALAN TIMUR 6/1B, TIMUR @ ENSTEK, 71760 BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN. Klinik ni hampir dengan sepang..so sape2 yg duk area sepang, bangi, nilai, seremban..jemput la dtg ye...charge servis berpatutan tau..mcm2 servis ade.contohnya:
  • Teeth Extractions 
  • Teeth White Filling (Tooth Coloured Restoration)
  • Preventive Dentistry - Scaling and Polishing
  • Root Canal Treatment
  • Crown and Bridge works
  • Teeth Whitening
  • Dentures
Harga untuk setiap treatment tu zaza x ingt la..padahal slalu je g klinik dia..tp harga untuk treatment tu bergantung pada keadaan gigi patient.








Antara panel yang disediakan di klinik gigi ni ialah:

  • POS Malaysia
  • Malaysia Airports
  • Mediclinic (AirAsia)
  • Konsortium Air Selangor Berhad (Loji Rawatan Air Sungai Labu)

untuk keterangan lebih lanjut..uols boleh la tengok website Klinik Gigi Nur ni..segala info ade kat cini ya..

ha..korang jgn lupe datang tau...bagi gigi korang sihat dan kuat...ekekeke...so ape tunggu lagi...CEPATTTTTT DATANGGGG..chewah...

Ok la uols...jumpe lagi next post ya...daa...

Friday 13 September 2013

Ulasan Novel M.A.I.D

ASSALAMUALAIKUM uollss..td dh share psl 1 novel..skang 1 lg novel..arini nk post mengepost psl novelllsss je..blh kn uolsss..howkay, kali ni novel M.A.I.D..Kalo x silap zaza, novel ni adalah novel 1st Suri Ryana tau..jom kte skodeng psl novel ni


TAJUK
M.A.I.D

HARGA

Semenanjung: RM26.00
Sabah/Sarawak: RM29.00

KELUARAN
Kaki Novel

SINOPSIS
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

komen zaza ttg novel M.A.I.D ni kn...sgt bez tau....asyik gelak sensorg je smbil bace novel ni..pape pon still ade part2 yg sedih la...part sedih x kn nk gelak kn..so ngis la....wooaaa....kalu uolz nk tau lbh lanjut..jgn lupe dptkn novel ni tau.....

Ulasan Novel Usai..Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum uolss...sehat semua???harap2 uolss sihat walafiat la ye...so...kali ni zaza nk share psl 1 novel ni yg zaza beli tahun lps..nak tau novel pe...cekidaut..


TAJUK
Usai...Aku Terima Nikahnya

HARGA
Sem. Malaysia: RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00

KELUARAN
Karya Seni

NOVELIS
Umie Nadzimah

MUKA SURAT
493++

SINOPSIS
Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.
Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.
Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.
Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....
Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."
Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."
Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."
Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya


Komen zaza: blh tahan la novel nih...ade makna yang mendalam...zaza bg 6/10...perjalanan usia watak dlm novel ni bermula sejak remaja sehingga berusia awl 40-an..jarang novel buat cerita yang mcm nih....puteri ni 1st kawin dgn Iskandar, kemudian cerai then kawin dgn Khalif, kwn baik Iskandar..tp x lame kemudian Khalif meninggal disebbkan penyakit brain tumor...akhirnya Puteri kawin semula dengan Iskandar..Puteri dikurniakan 2 oarng anak..nak tau sape??ha...jgn lupe beli novel ni tau..
chow dulu...zazzzzz...

Thursday 12 September 2013

New Semester New Life..

Asslamualaikum uolss...dh lame btl zaza x post mengepost kat blog ni..maklum la cuti sem 2 bulan katakan...duk umah..makan, tdoq, makan, tdoq..tu je keje zaza..hihihi...mak?xmarah?xpon..hahaha..yg lg syiok uols..kali ni pose sebulan kat rumah tau.raya pon sebulan kat rumah tau..kalo dulu mane menyempat pose & raya kat umah lame2..
Zaza bkn nk cter psl raye ye uols..tp pasal sem baru...semester 2 Master of Computer Science kat UTeM...homaigaddd..kene mengadap segala asaimen, projek, paper,bla..bla..bla..
Pape pon zaza happy sgt sebab sem 1 lulus semua nya..ALHAMDULILLAH...
Semoga sem 2 ni akan berjaya lulus dgn cemerlang, gemilang n terbilang giteww ...
Uolss doakan zaza ye...daa..


Thursday 18 July 2013

Playboy Itu Suami Aku?!

Assalamualikum uols...sehat??arini dah 10 ramadan rite...sekejap je kan....hurmmm...kali ni zaza nk share 1 novel ni tau...terhangat dipasaran skang ni uols...mcm goreng pisang panas tau....nak tau novel pe....ha....ni dia...
PISA


Playboy Itu suami Aku @ PISA ni zaza beli kat Jusco Aeon Bandaraya Melaka...dh lame zaza nk novel ni..lastly dpt jgk..btw...thanx to incik ehem2 sbb teman zaza beli novel ni...ekekeke...so, kat bwh ni zaza share info ttg PISA untuk uols tatap.jgn lupe beli tau.

SINOPSIS
Siapa yang mahu bersuamikan seorang lelaki yang treang-terangan playboy? bagi Afina, itu menyeksa diri sendiri namanya. Namun, dia disatukan jua dengan Adrian, king of Crocodile tetapi bersyarat. Masing-masing punya agenda tersendiri Setelah terlibat dalam kemalangan, Afina sedar dari koma tetapi menghidap amnesia. Dia masih ingat keluarga dan rakan-rakannya, tetapi tidak suaminya. Tetapi, apa yang pasti die tahu bahawa Adrian adalah playboy tersohor dengan gelaran King!
Bagi adrian, afina sekarang jauh berbeza dengan afina yang dulu. Afina sekarang adalah seorang yang kasar dan tidak lagi mudah dibuli seperti dahulu. mereka sering bertegang urat hingga akhirnya memutikkan bunga-bunga cinta ditaman hati mereka.
Saat mereka asyik menyulam cinta,Afina harus pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia meaafkan wanita yang dicintainya? Apakah atau siapakah yang memisahkan mereka berdua?

HARGA
SM: RM 24
S/S: RM 27

MUKA SURAT
666

NOVELIS
Suri Ryana

KOMEN
Bagi zaza, PISA ni menarik.jalan cerita die tu kadang2 penuh misteri.novelis pandai olah cerita ni dengan sempurna. tapi PISA ni xda la so funny ble bace...bese-bese jela..Suri Ryana ni adalah novelis bg M.A.I.D, PISA ni novel ketiga die tau...berbaloi ngn harga la PISA ni...pape pon..zaza enjoy sgt bace PISA ni...

P/S: Playboy itu suami aku?!Biar betul!

Tuesday 16 July 2013

Resipi Puding Tauhu

Assalamualaikum uols..alhamdulillah.arini dh 7 hari kte berpuasa di bulan ramadhan yg penuh barakah ni..amin...dh masuk ari ke 7 ni...mesti dh pening2 duk pikir nk masak ape kn..zaza tau la uols ni byk duit...ape sush, beli jew kat bazar ramadan kan...senang, x payah nk pikir smpai nak tercabut anak tekak kepala otak psl juadah ape nk msk tuk berbuke ni kn.eh uols, x pyh nk pikir sgt la.meh zaza nk kongsi 1 resipi ni..blh buat ptg ni kan...

BAHAN-BAHAN

1/2 paket agar-agar kering
7 cawan air
1tin susu cair
1 tin susu pekat
1 cawan santan
1 tin laici

CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. masukkan 7 cawan air dan agar-agar2 ke dalam periuk & di letakkan di atas api yang x terlalu kuat....
  2. sambil tu, kacau la sket bahan-bahan dalam periuk tu kan....sambil masukkan susu cair, susu pekat dan santan....
  3.  kacau lagi sampai la agar2 tu cair dgn sempurna....
  4. bile dah xde agar2 yg berketul..boleh la masukkan kedalam bekas & kemudian, masukkan kedalam peti sejuk selepas agak sejuk..
  5. bila dak agak keras, boleh la masukkan laici dan air nya sekali.tp jgn lupe, potong kecik2 dulu laici tu tau...
  6. tada...siap..boleh dimakan....eh, pose la..tgu berbuke dulu ye..

 
Gambar dr pak cik google.hehe

P/S: kalo uols x mau gune laici yg dlm tin tu, uols blh jgk gune nata de coco ke rambutan ke, atau pape je..selamat berbuka. :)

Wednesday 26 June 2013

Sekebun Bunga Cinta

ASSALAMUALAIKUM uolz...hope sht semua ok....hehehe...orite..now MZP nk share info psl satu novel nih..no bad la novel ni..chewah....omputih gtu ye..bkn pe..kalu uolz nk tau...novelis novel ni mmg pndai skeaping..eh...speaking la..hihihi...nk tau sbb ape????kne la beli n baca novel nih...hehehehe..nk tau novel ape??jum kite tgk!!!!

SINOPSIS
Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi. Kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa dihati. Tetapu, masakan hatinya boleh terpaut pada si gadis 'boyish' itu.

Tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. Dia benar-benar ingin Jasmyn tahu isi hatinya. Malangnya, rasa yang dihulur dibiarkan sepi. Mana tahu hatinya yang disangka kental itu sangat rapuh. Lalu, dia membawa diri ke Kota Wellingtin. Hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan lelaki itu. Kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. Dia tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!

Faris kembali ke tanah air. Rasa kecewanya sudah sirna. Namun begitu, pertemuan semual dengan Jasmyn meruntun jua hati lelakinya. Ketika itu, hadir Zara Yumna meneutralkan rasa cintanya terhadap Jasmyn. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melamar Zara. Saat mereka ingin didatukan, Jasmyn pula hadir mengakui rasa cinta yang terpendam sekian lama dijiwanya. Sayangnya, cinta itu sudah menjadi serpihan-serpihan halus yang todak bisa dicantum kembalu. Ketika itu barulah Jasmyn sedar bahawa cinta tidak semestinya dimiliki.

HARGA
RM 22.00

HALAMAN
536++

KELUARAN
Alaf 21

NOVELIS
Liyana Zahim (cantik tau)

TARIKH TERBIT
20 Ogos 2011 

komen MZP: novel ni sgt sesuai bg remaja especially yg still stdy kat IPT..tp sape2 nk bce pon blh..xjd hal lo...hehehe...watak Jasmyn ni sgt la sempoi...Jasmyn ske sgt cari gaduh ngn Faris...tp sgt x sgka dorg ni sbnrnya saling suka sama suka...Faris dh luahkan perasaan die kat Jasmyn tp si Jasmyn ni hati krs sgt..die xgtau yg die ske kat Faris..dats y Faris bwk diri gi oversea smbung stdy dlm master..on the same time, Faris knl la ngn Zara Yumna...tp Faris xde persaan pon kat Zara cume Zara je yg bertepuk sebelh tgn sbb ske kn Faris..tp Zara bkn seorg yg jenis ske memaksa..bg die, ckup sekadar Faris sgup mendegar luahan ati nya n sanggup berada di sampingnye..so, Jasmyn pulak,ego yg agak tinggi membuatkn die merana..tp dun worry, sbb lastly dorg bersama gk..nk tau kisah mereka...cpt2 la beli novel ni tau..xrugi....

**BETAPA CINTA ITU PERLU TATKALA ADA UTUSAN RINDU**
 
ZaZa PiNkY pUnYe CeRiTera CeRiTa © 2011 | Designed by Zaza Pinky