Saturday 28 September 2013

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

ASSALAMUALAIKUM..

Baru baru ni zaza duk fenin memikirkan masalah negara...hah..mslh negara?mcm gempaq je kan.padahal duk fenin pikirkan hadiah ape nak bagi kat buah ati..aduiii...pikir punye pikir punye pikir..akhirnya zaza dpt jgk idea nk bg ape.fuhh.sentel 1 mslh.

Tp post kali ni, zaza bkn nk mengomel psl adiah untuk buah ati pengarang jntung zaza tau tapiiiii adiah ape yg sesuai untuk kite ni sebagai kaum wanita nk bg untuk psgn kite...

sebenarnya nk bg adiah kat dorg ni bkn hanya semata2 benda yg boleh dipegang, dirasa n dilihat tp mgkin jgk sesuatu perkara yg blh jd kenangan pada dorg..jom kte skodeng list kat bwh ni:

1. Wallet

Uols boleh bg wallet kat incik kekasih uolss.skang ni kan trend lelaki bawak wallet yg besar gedabak mcm gmbr kat atas tu kan..tu wallet incik buah ati pengarang jntung iolss ya...pakai wallet cm tu baru maskulin..katenye la...segala perkakas berhampiran yg dlm gmbr tu sila abaikan ya..kalo uols bagi wallet, nnt bila dorang gune wallet tu, dorang akan ingt kat uols..ni jgk slaah satu cara nk suh dorg berjimat cermat..bkn perli na....hehe.

2. Minyak Wangi

Sebelum korang nk adiahkan perfume, buat2 la tny dorang ni pakai perfume ke x, tp make sure jgn by nmpk sgt cm korang ni nak adiahkan perfume..tp kalo setiap kali kuar dating tu incik buah hati korang memang senantiasa memakai perfume sampai lubang hidung korang pon kembang kempis duk menghidunya, itu memang pasti sepastinya mereka pakai perfume.x payah duk sibuk bizi body lg nak tny.kang ade makan penampar.haha..kalo korang bagi perfume jenama BOSS macam dalam gambar tu, mesti incik buah ati korang 'like a boss'.

3. Tali Pinggang

 Agak-agak kalo korang rase nak adiahkn belt pon x jadi masalah..sesuai sgt tau...harga belt pon zaza rasa takde la mahal sangat.tapi kalo korang kuarkan duit lebih sikit untuk incik buah hati, zazarasa tak jadi masalah punya.

4. Gadget

Kalo dah rase diri korang tu kaya maya tahap anak datuk boleh la adiahkan gajet kan. macam smartphone, android, laptop.mesti dorang suke kan.bertambah-tambah la kasih sayang mayang dorang kat korang.caya la.aiyakk..kopak den.

5. Kasut

Kalo incik buah hati korang suka berfesyen mesyen, boleh la adiahkn sepasang kasut. tak kisahla kan kasut sukan ke, kasut kulit ke, kasut..???hah..watever kasut la..suwettt giteww.

6. Jam Tangan

Masa itu duit...cewahh..so, nak adiahkan jam tangan pon ok what...even incik buah ati dah ada jam tangan kesayangan, tak salah korang adiahkan satu lagi kan...tapi kalo rasa nak adiahkan jam dinding, jam loceng, jam meja pon boleyyyy..hahaha

7. Buku

Buku??sesuai ke nak adiahkan buku?helloOoOo...ilmu beb....ape masalahnya..korang boleh je nak adiahkan apa apa buku pun, buku agama ke, buku ilmiah ke, novel ke (kalo si buah ati suka bace novel la kan)...

8. Cenderahati Kenangan

Untuk yang ni, terpulang lah kat korang ye, korang boleh bagi mug yang ada ukiran or gambar, potret si buah ati, frame yang ada gambar suweett muweettt korang, ceramic tile yang ade gambar n ukiran tertentu macam dalam gambar kat atas. Itu idea kreatif zaza punya pengarang jantung yang adiahkan tau..hehe.. Zaza rasa yang ni mcm different sikit dari adiah-adiah yang lain kan..

9. Baju



Nak bagi T-shirt or kemeja kat incik buah ati ok jugak,pilih la warna kegemaran dorang dan yang saiz nya sesuai dengan dorang. mesti dorang suke.kan..kan..kan..

10. Parti Hari Jadi

Korang boleh buat suprise party untuk birthday incik buah ati.jemput la kawan kawan rapat atau family. sure incik buah ati terharu dan tak kan lupakan momen indah tu...

11. Candle Light Dinner

Agak agak tak nak buat birthday party sebab korang nak privacy kan, korang boleh la ajak incik buah ati untuk candle light dinner.cuba la create kan momen momen indah waktu bersama...cewahh....

Itu je yang Zaza boleh share dengan korang. kalo korang rasa idea ni macam dah lapuk atau tak sesuai untuk korang, korang kena la pikir sendiri adiah apa yang sesuai untuk korang bagi kat incik buah ati.

Semoga Berjaya!!!

Thursday 26 September 2013

Klinik Gigi Nur Nilai Negeri Sembilan

ASSALAMUALAIKUM uols..sihat semua??ok.arini zaza nk share pasal 1 klinik gigi ni tau...actually klinik ni adalah klinik mak cik zaza..klinik terletak di NO. 66, JALAN TIMUR 6/1B, TIMUR @ ENSTEK, 71760 BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN. Klinik ni hampir dengan sepang..so sape2 yg duk area sepang, bangi, nilai, seremban..jemput la dtg ye...charge servis berpatutan tau..mcm2 servis ade.contohnya:
  • Teeth Extractions 
  • Teeth White Filling (Tooth Coloured Restoration)
  • Preventive Dentistry - Scaling and Polishing
  • Root Canal Treatment
  • Crown and Bridge works
  • Teeth Whitening
  • Dentures
Harga untuk setiap treatment tu zaza x ingt la..padahal slalu je g klinik dia..tp harga untuk treatment tu bergantung pada keadaan gigi patient.








Antara panel yang disediakan di klinik gigi ni ialah:

  • POS Malaysia
  • Malaysia Airports
  • Mediclinic (AirAsia)
  • Konsortium Air Selangor Berhad (Loji Rawatan Air Sungai Labu)

untuk keterangan lebih lanjut..uols boleh la tengok website Klinik Gigi Nur ni..segala info ade kat cini ya..

ha..korang jgn lupe datang tau...bagi gigi korang sihat dan kuat...ekekeke...so ape tunggu lagi...CEPATTTTTT DATANGGGG..chewah...

Ok la uols...jumpe lagi next post ya...daa...

Friday 13 September 2013

Ulasan Novel M.A.I.D

ASSALAMUALAIKUM uollss..td dh share psl 1 novel..skang 1 lg novel..arini nk post mengepost psl novelllsss je..blh kn uolsss..howkay, kali ni novel M.A.I.D..Kalo x silap zaza, novel ni adalah novel 1st Suri Ryana tau..jom kte skodeng psl novel ni


TAJUK
M.A.I.D

HARGA

Semenanjung: RM26.00
Sabah/Sarawak: RM29.00

KELUARAN
Kaki Novel

SINOPSIS
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

komen zaza ttg novel M.A.I.D ni kn...sgt bez tau....asyik gelak sensorg je smbil bace novel ni..pape pon still ade part2 yg sedih la...part sedih x kn nk gelak kn..so ngis la....wooaaa....kalu uolz nk tau lbh lanjut..jgn lupe dptkn novel ni tau.....

Ulasan Novel Usai..Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum uolss...sehat semua???harap2 uolss sihat walafiat la ye...so...kali ni zaza nk share psl 1 novel ni yg zaza beli tahun lps..nak tau novel pe...cekidaut..


TAJUK
Usai...Aku Terima Nikahnya

HARGA
Sem. Malaysia: RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00

KELUARAN
Karya Seni

NOVELIS
Umie Nadzimah

MUKA SURAT
493++

SINOPSIS
Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.
Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.
Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.
Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....
Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."
Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."
Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."
Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya


Komen zaza: blh tahan la novel nih...ade makna yang mendalam...zaza bg 6/10...perjalanan usia watak dlm novel ni bermula sejak remaja sehingga berusia awl 40-an..jarang novel buat cerita yang mcm nih....puteri ni 1st kawin dgn Iskandar, kemudian cerai then kawin dgn Khalif, kwn baik Iskandar..tp x lame kemudian Khalif meninggal disebbkan penyakit brain tumor...akhirnya Puteri kawin semula dengan Iskandar..Puteri dikurniakan 2 oarng anak..nak tau sape??ha...jgn lupe beli novel ni tau..
chow dulu...zazzzzz...

Thursday 12 September 2013

New Semester New Life..

Asslamualaikum uolss...dh lame btl zaza x post mengepost kat blog ni..maklum la cuti sem 2 bulan katakan...duk umah..makan, tdoq, makan, tdoq..tu je keje zaza..hihihi...mak?xmarah?xpon..hahaha..yg lg syiok uols..kali ni pose sebulan kat rumah tau.raya pon sebulan kat rumah tau..kalo dulu mane menyempat pose & raya kat umah lame2..
Zaza bkn nk cter psl raye ye uols..tp pasal sem baru...semester 2 Master of Computer Science kat UTeM...homaigaddd..kene mengadap segala asaimen, projek, paper,bla..bla..bla..
Pape pon zaza happy sgt sebab sem 1 lulus semua nya..ALHAMDULILLAH...
Semoga sem 2 ni akan berjaya lulus dgn cemerlang, gemilang n terbilang giteww ...
Uolss doakan zaza ye...daa..


 
ZaZa PiNkY pUnYe CeRiTera CeRiTa © 2011 | Designed by Zaza Pinky