Friday 18 October 2013

Resipi Tomyam Simple (Tanpa Perencah)

ASSALAMUALAIKUM...

hi..hi..hi...kali ni zaza nak kongsi resipi tomyam la pulak..boleh tak?hah..ape?tak boleh? tak kira nak kongsi juga..hehehe.jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat ye...jum....

BAHAN-BAHAN

  1. 2 ketul ayam (tak kisah bahagian ape pon)
  2. 2 sudu cili boh
  3. 1 labu bawang besar-dihiris sedan
  4. 2 ulas bawang putih - ketuk atau potong kecik
  5. 1 keping asam keping
  6. 1 batang serai - dititik
  7. 1 @ 2 helai daun limau purut
  8. sayur - tomato, kobis cina, putik jagung (bergantung pada uolss la nak letak ape pon)
  9. beberapa tangkai cili padi-nak pedas taruk la banyak.hehe
  10. garam secukup rasa
  11. sedikit minyak
  12. air secukupnya


CARA-CARA

  1. panaskan minyak
  2. masukkan bawang putih dan cili boh
  3. biarkan sedikit garing
  4. masukkan serai
  5. masukkan air
  6. bila dah gelegak air nye tu, bolehla masukkan ayam (kalo uolss nak masukkan sotong, udang @ ape ape seafood pon blh.mesti lagi sedap)
  7. masukkan daun limau purut, asam keping.kalau tak ada asam keping blh masukkan perahan air alimau nipis atau limau kasturi.
  8. bila dah masak ayam tu, boleh la masukkan bawang besar dan juga sayur mayur. tak perlu masak lame-lame sayur mayur tu nanti overcook takde khasiat pulak.makan pon tak sedap nanti
  9. masukkan cili padi. boleh potong kecik-kecik, @ketuk je
  10. dah boleh dihidang. kalau nak tabur daun ketumbar @ daun sup pon boleh.

Ni la hasil daripada tomyam yang zaza buat. tapi yang ni zaza jadikan bihun tomyam, celur bihun sampai lembut, kemudian masukkan dalam tomyam.tadaaaa....





mmmm....dah boleh makan...jemput tengok..hehe..daaa...

Sunday 6 October 2013

Kad Hari Jadi~Handmade

ASSALAMUALAIKUM...
Post kali ini, Zaza Nak share macam mana nak buat kad hari jadi disamping menjimatkan wang..maklum la..student, duit kurang jadi kita kena la berjimat cermat ye kawan-kawan.

Zaza buat kad ni spesial untuk incik buah hati zaza. korang rasa kad yang kita buat sendiri atau yang kite beli (readymade) lebih bermakna untuk orang yang kita kasi nanti? zaza rasa kan, kad yang kita buat sendiri lagi bagus, ikhlas, cun dan sewaktu dengannya..hehehe..(gelak bangga) So, macam mana nak buat ye..jom kita skodeng

BAHAN-BAHAN

  1. kertas warna (hitam, biru, pink, merah, ungu)-depends kat korang nk pilih kaler ape pun ya
  2. gam
  3. gunting
  4. pen warna (colourful pen)-depends kat korang la..
  5. pensel
  6. pembaris
  7. marker
  8. highlight

CARA-CARA

  1. jadikan paper yang kaler hitam sebagai main.
  2. lipat ikut suka hati korang. macam zaza lipat 3 (boleh refer gambar)
  3. bahagian depan, tulis HAPPY BIRTHDAY. ikut kreativiti korang nak guna marker @ colurful pen @ highlight.
  4. then, gunting kemudian tampal pada paper hitam tadi.
  5. bahagian dalam boleh potong paper yang lain tu dengan bentuk kegemaran anda. macam zaza bentukkan dalam bentuk hati (LOVE).
  6. kat atas paper ynag bentuk hati tadi, boleh la nak tulis kata-kata ucapan
  7. kalau rasa nak letak gambar korang pon x jadi masalah howkay.
Tadaaaa...ni la kad yang zaza buat...mesti korang kutuk kan sebab tak cantik...hahaha

Nak buat kad ni bergantung pada diri sendiri (kreativiti). macam zaza ni tak berapa nak kreatif so, tu je la yang mampu zaza buat.

Dari pandangan depan

Dari pandangan luar

My ucuk..hikhikhik

Dari pandangan dalam
Ok lah..zaza share sikit ayat-ayat romantica de amour untuk korang ya..heee

v  You are my soul
 v  8 letters,3 words, 1 meaning, I LOVE YOU 
 v  You are my sunshine
 v  I wish you enjoy with our birthday
 v  Today, tomorrow, forever I LOVE YOU

ok la..itu je dari zaza untuk post kali ni..jumpa next post ya..

Thursday 3 October 2013

Resipi Mee Goreng Basah

ASSALAMUALAIKUM

Untuk ost kali ni, zaza nak share 1 resipi ni iaitu mee goreng basah. dah lame zaza x masak mee goreng kat rumah. mentang-mentang nak diet la konon nye kan...hah...diet la sangat.

Lastly, dah 2 malam berturut-turut makan mee goreng.amekaw...diet lagi..diet lagi...dah tak boleh nak tahan dah..haha. Jom usha resipi simple ni ye uolls...

BAHAN-BAHAN

  1. mee kuning (pandai-pandai bajet la ye)
  2. bawang merah - diblender@ cincang
  3. bawang putih - ketuk @blender
  4. ayam  hiris kecik-kecik
  5. cili boh- 2 sudu
  6. gula melaka - sikit je tau.
  7. cili api-dipotong
  8. sawi+kobis cina+tomato (pandai-pandai bajet ye)
  9. minyak-2 sudu besar
  10. air - 1cawan
  11. garam

CARA-CARA
  1. panaskan minyak
  2. masukkan bawang merah + bawang putih
  3. bila bawang dah kekuningan, masukkan cili boh
  4. agak-agak dah pecah minyak, masukkan ayam
  5. gaulkan sekejap ayam dengan bahan-bahan tadi, kemudian masukkan air.
  6. masukkan gula melaka dan garam. tapi jangan masukkan garam banyak sangat sebab mee kuning memang dah ada rasa masin ye.
  7. bila dah menggelegak, masukkan mee dan sayur.
  8. masukkan cili api yang dah potong.
  9. tutup api
  10. boleh hidang
Tadaaaa....dah siap..jemput tengok..

p/s: nak lebih sedap, boleh buat telur mata kerbau dan taburkan ikan bilis goreng..mmm...yummy yummm
 
ZaZa PiNkY pUnYe CeRiTera CeRiTa © 2011 | Designed by Zaza Pinky