Thursday 3 October 2013

Resipi Mee Goreng Basah

ASSALAMUALAIKUM

Untuk ost kali ni, zaza nak share 1 resipi ni iaitu mee goreng basah. dah lame zaza x masak mee goreng kat rumah. mentang-mentang nak diet la konon nye kan...hah...diet la sangat.

Lastly, dah 2 malam berturut-turut makan mee goreng.amekaw...diet lagi..diet lagi...dah tak boleh nak tahan dah..haha. Jom usha resipi simple ni ye uolls...

BAHAN-BAHAN

  1. mee kuning (pandai-pandai bajet la ye)
  2. bawang merah - diblender@ cincang
  3. bawang putih - ketuk @blender
  4. ayam  hiris kecik-kecik
  5. cili boh- 2 sudu
  6. gula melaka - sikit je tau.
  7. cili api-dipotong
  8. sawi+kobis cina+tomato (pandai-pandai bajet ye)
  9. minyak-2 sudu besar
  10. air - 1cawan
  11. garam

CARA-CARA
  1. panaskan minyak
  2. masukkan bawang merah + bawang putih
  3. bila bawang dah kekuningan, masukkan cili boh
  4. agak-agak dah pecah minyak, masukkan ayam
  5. gaulkan sekejap ayam dengan bahan-bahan tadi, kemudian masukkan air.
  6. masukkan gula melaka dan garam. tapi jangan masukkan garam banyak sangat sebab mee kuning memang dah ada rasa masin ye.
  7. bila dah menggelegak, masukkan mee dan sayur.
  8. masukkan cili api yang dah potong.
  9. tutup api
  10. boleh hidang
Tadaaaa....dah siap..jemput tengok..

p/s: nak lebih sedap, boleh buat telur mata kerbau dan taburkan ikan bilis goreng..mmm...yummy yummm

No comments:

Post a Comment

 
ZaZa PiNkY pUnYe CeRiTera CeRiTa © 2011 | Designed by Zaza Pinky